




Awal masuknya NAFAS ke Indonesia adalah hasil mesyuarat IMT - GT (Indonesia, Malaysia dan Thailand) di Medan pada tahun 1995. Pemerintah Propinsi Dairah Istimewa Aceh menginginkan agar ada investor dari Malaysia datang membuat inventasi di Aceh Khususnya dalam bidang Perkebunan agar penggangguran dapat dikurangkan serta hubungan serumpun dapat ditingkatkan.
Pada akhir Tahun 1995 Pengurus Besar NAFAS, Tuan Haji Bukhari Bin Mohd Sawi, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia Nafas Encik Hasni Tamrin Halimi dan Pengurus Ladang NAFAS Encik Mat Sobree Bin Che Soh telah membuat lawatan bagi meninjau lokasi Perkebunan PT. Ubertraco di Kecamatan Simpang Kiri, Simpang Kanan dan Singkil di Kabupaten Aceh Selatan (sekarang Aceh Singkil).
Perjalanan dari Medan menuju Singkil ditempuh selama 10 Jam kerana keadaan jalan yang rosak. Rombongan menginap di Losmen Murni Pekan Rimo dan Losmen Favorite di Singkil kerana tiada penginapan lain pada waktu itu. Sampan dan perahu milik penduduk disewa bagi meninjau sampadan atau batas HGU. Manakala rakit atau ponton digunakan untuk menyeberang sungai Rimo menuju lokasi
Perkebunan.
Setelah membuat tinjuan, pemerhatian kesemua lokasi yang telah ditanam, sedang ditanam serta tanah - tanah kosong dalam HGU PT.Ubertraco sebanyak 3 kali maka satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Jawatan Kuasa Tadbir NAFAS. Dimana Jawatan Kuasa Tadbir NAFAS juga setelah mengadakan 2 kali perbincangan telah membuat cadangan kepada Ahli Jemaah Pengarah NAFAS untuk membeli dan mengambil alih saham PT. Ubertraco.
Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang diwakili oleh Dato' Haji Abdul Rashid Bin Haji Abdul Rahman, Datuk Haji Ahmad Bin Salleh, YB Encik Badri Bin Haji Yunos serta Pengurus Besar Nafas Tuan Haji Bukhari Bin Mohammad Sawi dan Encik Kamarzaman Khawas Khan, Timbalan Pengurus Besar telah ke Jakarta bagi membuat tawaran kepada Bapak Drs. Haji Nur Usman dan Saudara Razief Nur Usman (Pemilik PT. Ubertraco - Perkebunan) untuk membeli dan mengambil alih saham PT. Ubertraco.
Setelah melalui perbincangan yang panjang pada 01 Oktober 1996 PT. Ubertraco telah secara resmi diambil alih sahamnya oleh Nafas Estate's Sdn. Bhd. Memandangkan perusahaan ini mengalami kerugian terkumpul sebanyak Rp 6 Milyar sewaktu diambil alih maka pengurusan NAFAS telah menyusun semula struktur organisasi PT. Ubertraco serta mengadakan kursus dan motivasi kepada
pegawai.
Dengan berkat sokongan, kerja keras dan do'a Komisaris, Direktur dan semua Pegawai maka pada tahun 1999 PT. Ubertraco mulai mencatatkan keuntungan.
Dalam kunjungan kerja Ahli Jemaah Pengarah NAFAS (Komisaris) ke Banda Aceh, Gubernur Propinsi Aceh, Bapak Haji Shamsudin Mahmod beserta kepala BKPM, Bapak Tarmizi Karim sangat mengalu - alukan diatas terealisasinya investasi yang beliau cadangkan dalam rapat IMT - GT di Medan.